Thursday, September 06, 2012

Kuatkan daya ingatan anda


Sebagai seorang pelajar dan pengajar, hafalan merupakan sesuatu perkara yang menjadi halangan dalam mencapai kejayaan akademik. Di sini saya akan berikan beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda:-

  1. Ubah cara pemikiran. Kebanyakkan pelajar di luar sana tidak yakin bahawa mereka boleh menghafal banyak perkara dalam satu masa. Ketidak yakinan inilah yang menakutkan mereka untuk berjaya.
  2. Hilangkan kemurungan dan kurangkan hiburan melampau. Kemurungan merupakan satu penyakit dalaman yang menutup minda kita untuk tidak peka keadaan sekeliling. Ia disebabkan kerosakkan pusat otak manusia yang dipanggil hippocampus. Begitu juga dengan hiburan yang melampau dapat mengurangkan daya tumpuan sekali gus mengurangkan hafalan. 
  3. Katakan berulang kali dan kuat. Tambahkan hafalan dengan keistimewaan pancaindera anda. Membaca secara berulang kali dan kuat (tak perlu nak jerit) dapat memberi maklumat lebih pada otak anda untuk diterjemahkan. Pada suatu tahap tertentu anda tidak perlu membaca dengan kuat lagi.
  4. Pemakanan yang sihat. Mengikut kajian, disebabkan faktor pemakanan manusia yang tidak sihat menjadi penyumbang kepada ketidak seimbangan hormon dalam badan dan sistem saraf yang terganggu. Dan ramai di antara kita tidak tahu bahawa kita sedang sakit.
 Harap panduan ringkas ini dapat membantu anda dalam mencapai kejayaan akademik seterusnya dunia dan akhirat.

Fakta Sains Menarik

Wednesday, August 31, 2011

Sekadar renungan: Mimpi Ke Syurga

Saturday, July 30, 2011

Apa itu; Peribahasa Melayu versi slideshow

Monday, June 06, 2011

koleksi mutiara bersama